Skip to content

Tip Puasa untuk Ibu Mengandung: Pastikan Keselamatan Anda dan Bayi

Doctor Farhana Profile

Dr. Farhana Abdul Aziz, MD

Dr. Farhana is experienced in public and private healthcare. She has helped countless patients and families with empathetic care.

Ketahui cara selamat untuk berpuasa bagi ibu mengandung. Dapatkan nasihat doktor, tip pemakanan, dan amaran penting untuk ibu hamil.

Share:

Table of Contents

Ramadhan adalah bulan istimewa untuk merenung nikmat dan menjalani ibadah puasa. Namun, jika anda sedang hamil, timbul persoalan besar: “Bolehkah saya berpuasa semasa mengandung?”

Keputusan ini bukan perkara yang kecil. Kehamilan membawa perubahan besar kepada tubuh badan anda: jumlah darah mula meningkat, jantung bekerja dengan lebih kuat, serta kadar metabolisme menjadi semakin pantas. Kerana perubahan ini, tubuh anda memerlukan bekalan cecair, nutrien, dan rehat yang lebih banyak daripada biasa. Berpuasa selama 12 jam tanpa makanan atau air, terutamanya jika anda masih perlu bekerja—boleh menjadi satu cabaran yang amat sukar untuk ditangani.

Sesetengah wanita merasa kuat secara fizikal dan ingin meneruskan puasa, manakala segelintir yang lain mungkin berasa was-was serta bimbang tentang kesan puasa terhadap kesihatan diri dan kandungan. Dalam panduan ini, kami akan terangkan perkara penting dari sudut perubatan dan agama termasuk:

  • Bolehkah ibu mengandung puasa
  • Bila lebih baik tidak berpuasa
  • Tanda amaran yang tidak boleh diabaikan
  • Tip praktikal jika anda memutuskan untuk berpuasa

Setiap kehamilan adalah unik dan setiap tubuh memberikan reaksi yang berbeza. Oleh itu, setiap wanita berhak mendapat maklumat yang jelas serta bimbingan yang penuh prihatin bagi membantu mereka membuat keputusan terbaik, demi kesejahteraan diri dan juga bayi yang dikandung.

Apa Kata Islam Mengenai Berpuasa Semasa Mengandung?

Dalam Islam, ibadah puasa dilakukan dengan penuh pertimbangan terhadap kemampuan diri. Meskipun ia adalah fardhu bagi individu yang cukup syarat, Al-Quran tetap memberi ruang dan pengiktirafan bahawa keadaan fizikal setiap insan adalah berbeza-beza mengikut situasi tertentu.

Kehamilan tidak disebut secara khusus dalam ayat yang mewajibkan puasa (Surah Al-Baqarah, 2:183 – 2:185). Namun, para ulama klasik bersepakat bahawa keadaan hamil tergolong dalam kategori kesukaran fizikal sementara yang setaraf dengan keuzuran atau kesakitan.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas ibn Malik al-Ka‘bi, Nabi Muhammad ﷺ bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah meringankan perjalanan (seseorang) separuh solatnya dan meringankan perjalanan, wanita mengandung, dan wanita menyusu daripada puasa.”

Kebanyakan ulama berpendapat bahawa wanita hamil hanya perlu mengganti puasa yang ditinggalkan apabila dia mampu melakukannya secara fizikal. Jika dia berbuka puasa kerana bimbang terhadap kesihatan bayinya, dia perlu mengganti puasa tersebut dan juga boleh membayar fidiyah (memberi makan seorang fakir miskin bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan).

Bolehkah Ibu Mengandung Puasa?

Keselamatan berpuasa semasa mengandung bergantung kepada kesihatan ibu dan keadaan bayi. Jika kedua-duanya tidak terjejas secara negatif oleh puasa, biasanya ia dianggap selamat. Namun, terdapat beberapa faktor lain yang anda boleh pertimbangkan sebelum membuat keputusan yang muktamad.

Trimester Kehamilan

Trimester kedua dan ketiga biasanya lebih mudah untuk berpuasa kerana wanita hamil mungkin menghadapi loya, muntah, dan dehidrasi pada trimester pertama. Sebaliknya, trimester kedua biasanya lebih stabil, dan sesetengah wanita sihat mungkin lebih mampu menghadapi cabaran berpuasa sepanjang tempoh ini. Menjelang trimester ketiga, keperluan tenaga meningkat kerana bayi berkembang dengan cepat, dan dehidrasi atau keletihan boleh menjadi kebimbangan yang lebih ketara.

Kesihatan Ibu Secara Keseluruhan

Tekanan darah yang stabil, paras hemoglobin yang normal, berat badan yang bertambah dengan sihat, dan minum air yang cukup — semua ini adalah tanda yang bagus semasa mengandung. Tapi kalau badan sudah penat dan tertekan, berpuasa lama boleh membebankan ibu dan bayi.

Ada keadaan tertentu yang perlu difikirkan sebelum memutuskan untuk berpuasa, seperti diabetes gestasi, anemia, atau kehamilan yang berisiko tinggi. Paras gula yang tidak menentu semasa berpuasa boleh jadi bahaya, lebih-lebih lagi kalau ibu perlu suntikan insulin. Anemia pula boleh buat rasa penat dan pening menjadi lebih teruk. Dalam keadaan-keadaan ini, doktor biasanya akan sarankan supaya ibu tidak berpuasa dulu, demi menjaga keselamatan ibu dan bayi.

Jika anda ingin berpuasa di bulan Ramadhan atau mengganti puasa semasa masih hamil, anda disarankan untuk melakukannya secara percubaan terlebih dahulu bagi menilai kemampuan tubuh badan anda. Dalam hal ini, mengetahui bila untuk berhenti (berbuka) apabila perlu adalah sama pentingnya dengan niat anda untuk mula berpuasa.

Bilakah Anda Seharusnya Tidak Berpuasa

Terdapat beberapa situasi di mana doktor biasanya menasihati untuk tidak berpuasa, termasuk:

  • Kencing manis semasa hamil (GDM)
  • Kerap mengalami paras gula rendah
  • Anemia yang ketara
  • Loya dan muntah teruk 
  • Kehamilan berisiko tinggi
  • Cecair amniotik berkurang
  • Pertumbuhan intrauterin terhad (IUGR)
  • Sejarah kelahiran pramatang

Tanda Ibu Hamil Perlu Buka Puasa Segera

Walaupun anda memulakan hari dengan rasa sihat, keadaan badan anda boleh berubah pada bila-bila masa.Sekiranya anda mengalami mana-mana simptom berikut, anda diwajibkan berbuka puasa dengan segera demi keselamatan anda dan kandungan:

  • Pening atau pengsan
  • Kelemahan teruk
  • Penglihatan kabur
  • Degupan jantung laju
  • Sakit kepala yang berterusan
  • Sakit perut atau kontraksi
  • Muntah berulang

Perhatikan tanda-tanda tak cukup minum, seperti:

  • Air kencing sangat gelap
  • Kekerapan membuang air kecil berkurangan
  • Rasa dahaga yang melampau
  • Mulut kering

Gejala gula darah rendah boleh termasuk:

  • Berpeluh
  • Menggigil
  • Keliru

Petua Pemakanan untuk Ibu Mengandung yang Ingin Berpuasa

Jika anda sudah berbincang dengan doktor dan memutuskan untuk berpuasa, perancangan pemakanan yang bijak (seimbang) akan sangat membantu anda kekal bertenaga dan sihat sepanjang hari.

Image 5 Yoghurt bowl

Semasa Sahur

Fokus pada tenaga yang dilepaskan perlahan-lahan:

  • Bijirin penuh seperti oat atau nasi perang
  • Protein seperti telur, yogurt, atau kekacang
  • Lemak sihat seperti avocado atau minyak zaitun

Elakkan makanan yang diproses atau terlalu manis. Walaupun ia memberikan tenaga segera, paras gula anda akan jatuh dengan pantas dan menyebabkan anda berasa sangat lesu menjelang waktu tengah hari.

Seterusnya, minumlah air dengan perlahan semasa sahur dan bukannya meneguk dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Anda juga digalakkan mengambil  makanan yang tinggi kandungan air seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan yogurt juga boleh membantu memastikan badan kekal segar dan cukup air sepanjang hari. 

Selain itu, elakkan pengambilan kafein berlebihan daripada kopi atau teh kerana kafein meningkatkan pembuangan air kecil dan boleh memburukkan dehidrasi dalam badan.

Semasa Iftar (Berbuka Puasa)

Selepas berjam-jam tanpa makan atau minum, badan anda memerlukan peralihan yang lembut. Mulakan berbuka dengan meminum air kosong. Selepas itu, makanlah kurma  kerana ia membekalkan n gula semula jadi untuk tenaga segera tanpa membebankan sistem penghadaman. Kemudian berhenti seketika sebelum anda mengambil hidangan utama.

Apabila anda makan, pastikan hidangan anda mempunyai nutrisi yang seimbang seperti berikut:

  • Protein tanpa lemak seperti ayam, ikan, kekacang, atau lentil
  • Karbohidrat kompleks seperti nasi perang atau roti bijirin penuh
  • Sayur-sayuran untuk serat, vitamin, dan mineral
  • Saiz hidangan sederhana

Godaan untuk makan banyak semasa berbuka memang ada, tetapi berhati-hatilah. Makanan yang terlalu berat hanya akan membuatkan anda rasa senak, pedih ulu hati, dan lesu kerana sistem penghadaman ibu hamil bekerja dengan lebih perlahan berbanding biasa.

Klinik Ibu Mengandung di Cheras, KL

Dapatkan Nasihat Berpuasa untuk Ibu Mengandung di Klinik Azurose

2 2 1024x683 1

Berpuasa semasa mengandung tidak sama bagi setiap wanita. Ada yang cukup sihat untuk berpuasa dengan selamat, manakala ada yang lebih baik untuk tidak berpuasa dan menggantikannya di kemudian hari. Mana-mana keputusan yang diambil adalah berasaskan kemampuan individu, asalkan keselamatan ibu dan bayi sentiasa menjadi pertimbangan utama.

Kehamilan adalah tempoh yang singkat tetapi penting, dan kesihatan bayi anda menjadi pekara yang paling utama untuk dijaga. Jika anda ragu-ragu, dapatkanlah pandangan doktor terlebih dahulu kerana mencegah risiko komplikasi adalah jauh lebih baik.

Jika anda ingin berpuasa, kunjungi Klinik Azurose dan berbincanglah dengan doktor kami. Pasukan kami boleh memeriksa kesihatan anda, memantau kehamilan, dan membimbing anda ke cara paling selamat untuk berpuasa di bulan Ramadhan sambil melindungi anda dan bayi anda.

More Articles