Hipertensi dan Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil
Table of Contents
Toggle
Kehamilan adalah masa yang penting dalam hidup seorang wanita, bakal menjadi ibu. Inilah waktu kesihatan ibu dan anak menjadi keutamaan. Tetapi jika si ibu mengalami hipertensi dan tekanan darah tinggi, ia boleh mempengaruhi kehamilan dengan serius.
Hipertensi semasa kehamilan adalah keadaan di mana tekanan darah wanita yang mengandung melebihi tahap tekanan darah normal. Sebanyak 5% wanita mengalami komplikasi kehamilan kerana masalah hipertensi.
Kesan kepada kesihatan ibu dan anak boleh menyebabkan risiko kehilangan bayi, nyawa sendiri dan berat bayi kurang dari normal. Artikel ini boleh memberikan bimbingan untuk masalah tekanan darah pada ibu mengandung.
Jenis Hipertensi dan Tekanan
Kategori | Orang Biasa | Wanita Mengandung |
---|---|---|
Tekanan Darah Biasa | 90/60 mmHg ~120/80 mmHg | < 120/80 mm Hg |
Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi | ≥ 130/80 mm Hg | > 140/90 mm Hg |
Tekanan darah normal ibu mengandung adalah dibawah 120/80 mm Hg. Hipertensi atau tekanan darah tinggi semasa hamil adalah melebihi 140/90 mm Hg. Hipertensi semasa kehamilan boleh dibahagikan kepada dua kategori:
Hipertensi Gestasional
Iaitu peningkatan tekanan darah yang berlaku selepas kehamilan ke 20 minggu tanpa sebarang tanda-tanda proteinuria (protein dalam air kencing). Kondisi ini mungkin tidak menunjukkan gejala yang jelas, tetapi harus dipantau dengan teliti kerana ia boleh meningkatkan risiko preeklampsia.
Preeklampsia
Ini adalah keadaan serius yang melibatkan peningkatan tekanan darah yang disertai dengan proteinuria atau masalah organ lain seperti gangguan buah pinggang atau masalah hati. Preeklampsia boleh menjadi sangat berbahaya dan memerlukan perubatan segera.
Risiko Hipertensi Kepada Kehamilan dan Bayi
Kekurangan aliran darah ke plasenta: Ini menyebabkan kekurangan oksigen dan nutrien kepada bayi, mengakibatkan pertumbuhan yang perlahan, berat lahir rendah, dan kemungkinan kelahiran pramatang.
Gangguan plasenta: Pra-eklampsia boleh membawa gangguan pada pertukaran darah di antara ibu dan anak, merosakkan plasenta dan menjejaskan kesihatan kedua-duanya.
Penyakit kardiovaskular bagi si ibu: Pra-eklampsia juga mempunyai risiko masalah kardiovaskular pada masa depan seperti strok, serangan jantung, kegagalan buah pinggang.

Tekanan darah tinggi boleh meyebabkan komplikasi ketika si ibu bersalin.
Tanda Darah Tinggi Semasa Hamil
Tekanan darah tinggi semasa kehamilan tidak semestinya menunjukkan gejala yang jelas. Justeru itu, penjagaan prenatal dan pemantauan tekanan darah adalah penting untuk pengesanan awal. Walau bagaimanapun, beberapa simptom boleh menunjukkan tanda tekanan darah tinggi.
- Sakit Kepala: Sakit kepala yang berterusan, terutamanya sakit kepala yang teruk atau tiba-tiba, boleh menjadi tanda tekanan darah tinggi.
- Perubahan Penglihatan: Penglihatan kabur, penglihatan ganda, atau kepekaan terhadap cahaya boleh menjadi tanda amaran.
- Sakit Perut: Sakit perut bahagian atas, terutamanya di sebelah atas kanan, boleh menjadi gejala preeklampsia.
- Mual dan muntah: Walaupun lazim pada awal kehamilan, mual dan muntah yang berterusan atau teruk boleh menjadi tanda tekanan darah tinggi.
- Kesukaran Bernafas: Kesukaran bernafas, terutamanya apabila berbaring, boleh menunjukkan penumpukan cecair dalam paru-paru yang berkaitan dengan preeklampsia.
- Pengurangan Kencing: Kurang membuang air kecil atau air kencing berwarna gelap boleh menunjukkan masalah buah pinggang yang berkaitan dengan preeklampsia.
Sekiranya seseorang mengalami gejala yang disebutkan, mereka harus segera mendapatkan perubatan daripada klinik atau hospital.
Punca Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil
Peningkatan Jumlah Darah: Semasa kehamilan, jumlah darah wanita meningkat dengan ketara (sehingga 45%) untuk menampung pertumbuhan bayi dan plasenta. Tambahan darah ini memberi tekanan tambahan kepada jantung dan saluran darah, berpotensi menyebabkan peningkatan tekanan darah.
Perubahan Plasenta: Plasenta, organ yang bertanggungjawab untuk pertukaran nutrien dan oksigen antara ibu dan bayi, mengalami perubahan penting sepanjang kehamilan. Dalam sesetengah kes, perubahan ini mungkin menyumbang kepada pembangunan atau fungsi abnormal saluran darah, berpotensi menyebabkan hipertensi.
Respons Sistem Imun: Kehamilan melibatkan perubahan imunologi yang kompleks dan perubahan dalam respons sistem imun mungkin memainkan peranan dalam pembangunan hipertensi.
Faktor Risiko: Beberapa keadaan yang sedia ada dapat meningkatkan risiko hipertensi semasa kehamilan secara ketara:
- Hipertensi kronik sebelum kehamilan
- Kegemukan
- Diabetes
- Penyakit buah pinggang
- Penyakit autoimun
- Umur (35 tahun atau lebih tua)
- Kehamilan pertama kali
- Gestasi berganda (kembar atau lebih)
- Sejarah keluarga mengalami tekanan darah tinggi semasa kehamilan

Cara Kurangkan Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil
Ianya penting bagi wanita hamil untuk mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai dan memantau tekanan darah mereka semasa mengandung. Ini termasuk makan makanan seimbang, senaman yang sesuai, mengelakkan merokok dan alkohol, dan mengurangkan tekanan seperti stres tempat kerja. Dengan mengikut petua hilangkan darah tinggi semasa hamil, tekanan darah boleh distabilkan.
Terdapat beberapa makanan dan minuman berkhasiat yang dapat membantu anda mengurangkan tekanan darah tinggi ketika hamil.
Ini termasuk:
- Air asam jawa
- Sayur (ex. Batang sadari)
- Jus buah (ex. Jus pisang)
- Bawang putih
- Yogurt
- etc.
Doktor Wanita Klinik Keluarga Azurose di Cheras
Ianya penting untuk berbincang dan berkonsultasi dengan doktor anda tentang kesihatan badan dan tekanan darah tinggi semasa hamil. Doktor kami di Klinik Azurose boleh menilai kesihatan keseluruhan dan faktor risiko anda, memastikan tekanan darah anda terkawal dengan baik serta membincangkan sebarang penyesuaian ubat yang diperlukan, kerana sesetengah ubat yang digunakan untuk hipertensi mungkin tidak selamat semasa kehamilan.
Ditubuhkan dan dipimpin oleh seorang doktor wanita, klinik kami boleh membimbing kesihatan ibu dari scan bayi terawal sehingga pelan persalinan. Dapatkan bantuan dan perubatan dengan segera untuk tekanan darah tinggi semasa kehamilan.
Patient Testimonials About Our Cheras Clinic
aqiff & alysha elin2025-06-16Trustindex verifies that the original source of the review is Google. Doc yg baik dan lemah lembut. Parents yakin dan senang hati dengan penjelasan Doc..terima kasih! Nazmi Iqin2025-06-14Trustindex verifies that the original source of the review is Google. Service terbaik,semua ok..memang puas hati ir. Ts Pak Tam2025-06-14Trustindex verifies that the original source of the review is Google. Tadi sy pergi klinik bawa isteri scan.. sekali gus buka buku pink ni anak first kami. Alhamdulillah bnyak ilmu baru yang kami dapat daripada Dr. HIKMAH.. BP, Hb, apa lagi.. Bnyak nasihat dari Dr. Hikmah.. Recommend sngat sebb beliau pakar dgn kerja.. dengar Dr sebut pernah berkhidmat Klinik ibu dan anak.. 🥰🥰 Harap boleh bertemu dgn Dr. Hikmah lagi untuk next appointment.. Klinik tenang dan cantik.. Dani Danish2025-06-11Trustindex verifies that the original source of the review is Google. The best clinic ever. My first time here. They helped me removed my AIUD. Doctor Aireen and nurses was very friendly, polite, humble and honest. I never been in a clinic where the doctor really shared good information honestly. Terima kasih membantu saya, saya doakan semoga urusan doctor dan nurses semua dipermudahkan, dan dilimpahkan rezeki yang berkat sentiasa. ❤❤ Zati Azl2025-06-05Trustindex verifies that the original source of the review is Google. thanks Dr Farhana ! my fav dr all time @ azurose clinic. I prefer to visit the clinic when Dr. Farhana is on duty, as I feel more comfortable with her. rozita arham2025-05-31Trustindex verifies that the original source of the review is Google. klinik paling best! Highly recommended. Staff and dr farhana sangat baik.

Jaga Tekanan Darah Tinggi Untuk Si Ibu Dengan Klinik Azurose Alam Damai
Ditubuhkan dan dipimpin oleh seorang doktor wanita, klinik kami boleh membimbing kesihatan ibu dari scan bayi terawal sehingga pelan persalinan. Dapatkan bantuan dan perubatan dengan segera untuk tekanan darah tinggi semasa kehamilan.