Proses Buka Buku Pink di Klinik Swasta
Table of Contents
Toggle
Mengandungkan anak adalah salah satu momen yang paling menggembirakan dalam hidup seorang wanita. Namun, ia juga datang dengan tanggungjawab besar untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi sentiasa dalam keadaan terbaik.
Salah satu langkah penting dalam perjalanan kehamilan di Malaysia adalah membuka buku pink, sebuah rekod kesihatan pranatal yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk semua ibu mengandung. Tak kiralah perlu atau tak perlu buku pink untuk bersalin, yang pentingnya menyimpan rekod kesihatan anak.
Walaupun ramai yang biasa dengan proses ini di klinik kerajaan, membuka buku pink di klinik swasta juga semakin popular. Apakah langkah buka buku pink di klinik swasta?
Langkah #1: Tentukan Kehamilan
Pertama sekali, anda perlu memastikan bahawa anda benar-benar hamil dan berbadan dua. Anda tidak boleh bergantung pada ketiadaan haid untuk menganggap diri anda hamil. Ini perlu disahkan sebelum anda memulakan proses sama ada dengan ujian kehamilan di rumah atau melalui cara yang lebih rasmi di klinik.
Selepas kehamilan disahkan, anda boleh membuka buku pink untuk bayi anda. Anda perlu melawat klinik swasta pilihan anda selepas sekitar 12 minggu atau sekurang-kurangnya sebelum akhir trimester pertama. Jika tidak, rekod anda mungkin tidak lengkap dan ditanda sebagai ‘late booking’
Langkah #2: Daftar dengan Dokumen Diperlukan
Semasa hadir untuk mendaftar, jangan lupa untuk bawa dokumen yang penting seperti:
- IC sendiri, IC suami dan Sijil nikah
- Dokumen mengesah alamat (bil elektrik atau bil air)
- Surat rujukan doktor, kalau ada
Selepas daftar, baru ibu bapa boleh terima buku pink. Buku rekod ini harus dibawa dengan ibu mengandung ke mana mana, termasuknya semua temujanji dan pemeriksaan di klinik.
Langkah #3: Jalankan Beberapa Pemeriksaan Kesihatan
Untuk pemeriksaan pertama selepas mendapat buku pink, doktor akan lengkapkan dulu maklumat si ibu dengan pemeriksaan keseluruhan. Ini termasuk merekodkan —
- Berat dan tinggi
- Tekanan darah
- Ujian air kencing
- Ujian darah
- Pemeriksaan perut
- Sejarah kehamilan
- Sejarah penyakit keluarga
Ini akan memberi rujukan untuk doktor seterusnya dan untuk hospital ketika bersalin.
Langkah #4: Ikut Pelan Checkup Untuk Trimester Seterusnya
Beberapa klinik swasta mempunyai pelbagai pakej untuk memenuhi semua pemeriksaan yang diperlukan oleh KKM. Mengikuti pelan ini dengan klinik anda pilih untuk buka buku pink akan memastikan kualiti penjagaan yang konsisten dan keserasian dengan keperluan anda.
Contohnya, Klinik Azurose menawarkan pelan asas yang merangkumi semua tiga trimester, termasuk imbasan ultrasound, yang biasanya tidak ditawarkan oleh KKIA. Kami juga mempunyai perkhidmatan tambahan yang boleh anda pilih untuk dimasukkan ke dalam pakej anda bagi langkah tambahan.
Harga Buka Buku Pink di Klinik Swasta
Setiap lawatan ke klinik swasta akan dikenakan bayaran yang biasanya melebihi RM150 setiap kali, tidak termasuk ubat yang mungkin akan diberikan oleh doktor kepada si ibu. Di Klinik Azurose Cheras, harga buka buku pink adalah seperti berikut:
Lawatan | Trimester 1 | Trimester 2 | Trimester 3 |
---|---|---|---|
Harga | RM200 | RM165 | RM165 |
Kelebihan Buka Buku Pink di Klinik Swasta
Salah satu kelebihan utama membuka Buku Pink di klinik swasta adalah tahap keselesaan dan perkhidmatan peribadi yang anda terima. Klinik swasta biasanya menawarkan persekitaran yang lebih eksklusif dan menenangkan, dengan kemudahan yang lebih baik dan masa menunggu yang lebih pendek. Selain itu, anda juga akan mempunyai akses yang lebih mudah kepada pelbagai ujian diagnostik dan rawatan, yang mungkin mengambil masa lebih lama untuk diperolehi di klinik kerajaan.
Maksud Kod Warna Sticker Buku Pink
Setiap lawatan, doktor anda akan mengemaskini rekod anda dan meletakkan stiker pada buku pink anda untuk memberi petunjuk tentang status kesihatan semasa kehamilan anda. Ini membolehkan profesional kesihatan untuk dengan cepat mengenali dan memberikan penjagaan yang sesuai berdasarkan maklumat yang tercatat dalam buku pink hanya dengan sekilas pandang.
Warna | Status | Maksud |
---|---|---|
Tiada Risiko | Boleh bersalin di mana mana hospital termasuk hospital daerah. | |
Berisiko | Memerlukan mengawasan doktor, masih boleh bersalin di mana mana hospital termasuk hospital daerah. Termasuk masalah primid, berat badan 80kg, vacuum, bersalin koyak tahap 3, asthma, etc. | |
Berisiko | Rujukan untuk pengendalian oleh Pakar O&G, Pakar Perubatan Keluarga, dan penjagaan selanjutnya boleh dilakukan bersama Pegawai Perubatan dan Jururawat Kesihatan. Termasuk masalah diabetes dengan insulin, remaja darah tinggi, ibu tanpa nikah dan lain-lain. | |
Berisiko Tinggi | Rujukan ibu segera ke hospital dan pengendalian selanjutnya dengan Pakar O&G dan Pakar Perubatan Keluarga kerana komplikasi kehamilan. |
Rupa Rekod Buku Pink
Klinik Swasta di Alam Damai, Cheras
Pilih Klinik Azurose untuk Buka Buku Pink
Membuka buku pink di klinik swasta adalah pilihan yang memberikan anda lebih banyak kawalan dan keselesaan sepanjang perjalanan kehamilan anda. Klinik Azurose boleh menyediakan perkhidmatan peribadi yang lebih baik dan kemudahan yang lengkap, jadi anda boleh memastikan bahawa anda dan bayi anda mendapat penjagaan terbaik.
Setiap kehamilan adalah unik, dan yang paling penting adalah memilih perkhidmatan yang paling sesuai dengan keperluan anda. Dengan penjagaan yang betul, anda boleh menikmati setiap detik perjalanan kehamilan dengan tenang dan gembira.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai keperluan untuk mengisi buku atau masalah kesihatan anak anda, jangan ragu untuk menghubungi kami.
Patient Testimonials About Our Cheras Clinic
aqiff & alysha elin2025-06-16Trustindex verifies that the original source of the review is Google. Doc yg baik dan lemah lembut. Parents yakin dan senang hati dengan penjelasan Doc..terima kasih! Nazmi Iqin2025-06-14Trustindex verifies that the original source of the review is Google. Service terbaik,semua ok..memang puas hati ir. Ts Pak Tam2025-06-14Trustindex verifies that the original source of the review is Google. Tadi sy pergi klinik bawa isteri scan.. sekali gus buka buku pink ni anak first kami. Alhamdulillah bnyak ilmu baru yang kami dapat daripada Dr. HIKMAH.. BP, Hb, apa lagi.. Bnyak nasihat dari Dr. Hikmah.. Recommend sngat sebb beliau pakar dgn kerja.. dengar Dr sebut pernah berkhidmat Klinik ibu dan anak.. 🥰🥰 Harap boleh bertemu dgn Dr. Hikmah lagi untuk next appointment.. Klinik tenang dan cantik.. Dani Danish2025-06-11Trustindex verifies that the original source of the review is Google. The best clinic ever. My first time here. They helped me removed my AIUD. Doctor Aireen and nurses was very friendly, polite, humble and honest. I never been in a clinic where the doctor really shared good information honestly. Terima kasih membantu saya, saya doakan semoga urusan doctor dan nurses semua dipermudahkan, dan dilimpahkan rezeki yang berkat sentiasa. ❤❤ Zati Azl2025-06-05Trustindex verifies that the original source of the review is Google. thanks Dr Farhana ! my fav dr all time @ azurose clinic. I prefer to visit the clinic when Dr. Farhana is on duty, as I feel more comfortable with her. rozita arham2025-05-31Trustindex verifies that the original source of the review is Google. klinik paling best! Highly recommended. Staff and dr farhana sangat baik.