Skip to content

Proses Buka Buku Pink di Klinik Swasta

klinik kesihatan ibu dan anak buku pink

Mengandungkan anak adalah salah satu momen yang paling menggembirakan dalam hidup seorang wanita. Namun, ia juga datang dengan tanggungjawab besar untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi sentiasa dalam keadaan terbaik. 

Salah satu langkah penting dalam perjalanan kehamilan di Malaysia adalah membuka buku pink, sebuah rekod kesihatan pranatal yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk semua ibu mengandung. Tak kiralah perlu atau tak perlu buku pink untuk bersalin, yang pentingnya menyimpan rekod kesihatan anak. 

Walaupun ramai yang biasa dengan proses ini di klinik kerajaan, membuka buku pink di klinik swasta juga semakin popular. Apakah langkah buka buku pink di klinik swasta?

Langkah #1: Tentukan Kehamilan

Pertama sekali, anda perlu memastikan bahawa anda benar-benar hamil dan berbadan dua. Anda tidak boleh bergantung pada ketiadaan haid untuk menganggap diri anda hamil. Ini perlu disahkan sebelum anda memulakan proses sama ada dengan ujian kehamilan di rumah atau melalui cara yang lebih rasmi di klinik.

Selepas kehamilan disahkan, anda boleh membuka buku pink untuk bayi anda. Anda perlu melawat klinik swasta pilihan anda selepas sekitar 12 minggu atau sekurang-kurangnya sebelum akhir trimester pertama. Jika tidak, rekod anda mungkin tidak lengkap dan ditanda sebagai ‘late booking’

Langkah #2: Daftar dengan Dokumen Diperlukan

Semasa hadir untuk mendaftar, jangan lupa untuk bawa dokumen yang penting seperti:

  • IC sendiri, IC suami dan Sijil nikah
  • Dokumen mengesah alamat (bil elektrik atau bil air)
  • Surat rujukan doktor, kalau ada

Selepas daftar, baru ibu bapa boleh terima buku pink. Buku rekod ini harus dibawa dengan ibu mengandung ke mana mana, termasuknya semua temujanji dan pemeriksaan di klinik.

Langkah #3: Jalankan Beberapa Pemeriksaan Kesihatan

Untuk pemeriksaan pertama selepas mendapat buku pink, doktor akan lengkapkan dulu maklumat si ibu dengan pemeriksaan keseluruhan. Ini termasuk merekodkan —

  • Berat dan tinggi
  • Tekanan darah
  • Ujian air kencing
  • Ujian darah
  • Pemeriksaan perut
  • Sejarah kehamilan 
  • Sejarah penyakit keluarga

Ini akan memberi rujukan untuk doktor seterusnya dan untuk hospital ketika bersalin.

Langkah #4: Ikut Pelan Checkup Untuk Trimester Seterusnya

Beberapa klinik swasta mempunyai pelbagai pakej untuk memenuhi semua pemeriksaan yang diperlukan oleh KKM. Mengikuti pelan ini dengan klinik anda pilih untuk buka buku pink akan memastikan kualiti penjagaan yang konsisten dan keserasian dengan keperluan anda.

Contohnya, Klinik Azurose menawarkan pelan asas yang merangkumi semua tiga trimester, termasuk imbasan ultrasound, yang biasanya tidak ditawarkan oleh KKIA. Kami juga mempunyai perkhidmatan tambahan yang boleh anda pilih untuk dimasukkan ke dalam pakej anda bagi langkah tambahan.

Harga Buka Buku Pink di Klinik Swasta

Setiap lawatan ke klinik swasta akan dikenakan bayaran yang biasanya melebihi RM150 setiap kali, tidak termasuk ubat yang mungkin akan diberikan oleh doktor kepada si ibu. Di Klinik Azurose Cheras, harga buka buku pink adalah seperti berikut:

LawatanTrimester 1Trimester 2Trimester 3
HargaRM200RM165RM165

Kelebihan Buka Buku Pink di Klinik Swasta

Salah satu kelebihan utama membuka Buku Pink di klinik swasta adalah tahap keselesaan dan perkhidmatan peribadi yang anda terima. Klinik swasta biasanya menawarkan persekitaran yang lebih eksklusif dan menenangkan, dengan kemudahan yang lebih baik dan masa menunggu yang lebih pendek. Selain itu, anda juga akan mempunyai akses yang lebih mudah kepada pelbagai ujian diagnostik dan rawatan, yang mungkin mengambil masa lebih lama untuk diperolehi di klinik kerajaan.

Maksud Kod Warna Sticker Buku Pink

Setiap lawatan, doktor anda akan mengemaskini rekod anda dan meletakkan stiker pada buku pink anda untuk memberi petunjuk tentang status kesihatan semasa kehamilan anda. Ini membolehkan profesional kesihatan untuk dengan cepat mengenali dan memberikan penjagaan yang sesuai berdasarkan maklumat yang tercatat dalam buku pink hanya dengan sekilas pandang.

WarnaStatusMaksud
Tiada RisikoBoleh bersalin di mana mana hospital termasuk hospital daerah.
BerisikoMemerlukan mengawasan doktor, masih boleh bersalin di mana mana hospital termasuk hospital daerah.
Termasuk masalah primid, berat badan 80kg, vacuum, bersalin koyak tahap 3, asthma, etc.
BerisikoRujukan untuk pengendalian oleh Pakar O&G, Pakar Perubatan Keluarga, dan penjagaan selanjutnya boleh dilakukan bersama Pegawai Perubatan dan Jururawat Kesihatan.
Termasuk masalah diabetes dengan insulin, remaja darah tinggi, ibu tanpa nikah dan lain-lain.
Berisiko TinggiRujukan ibu segera ke hospital dan pengendalian selanjutnya dengan Pakar O&G dan Pakar Perubatan Keluarga kerana komplikasi kehamilan.

Rupa Rekod Buku Pink

Klinik Kwasta di Alam Damai, Cheras

Pilih Klinik Azurose untuk Buka Buku Pink

Membuka buku pink di klinik swasta adalah pilihan yang memberikan anda lebih banyak kawalan dan keselesaan sepanjang perjalanan kehamilan anda. Klinik Azurose boleh menyediakan perkhidmatan peribadi yang lebih baik dan kemudahan yang lengkap, jadi anda boleh memastikan bahawa anda dan bayi anda mendapat penjagaan terbaik. 

Setiap kehamilan adalah unik, dan yang paling penting adalah memilih perkhidmatan yang paling sesuai dengan keperluan anda. Dengan penjagaan yang betul, anda boleh menikmati setiap detik perjalanan kehamilan dengan tenang dan gembira.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai keperluan untuk mengisi buku atau masalah kesihatan anak anda, jangan ragu untuk menghubungi kami.

Patient Testimonials About Our Cheras Clinic

gayathri yoga dewi
gayathri yoga dewi
2024-03-27
Doctor sangat soft spoken & faham apa yg kita sampaikan. Consult dengan sgt mudah difahami especially for patient yg kurang faham medical term. Dr suggest multiple ways of treatment yang convenient for patient to choose. Clinic Assistant/Nurse pula sangat baik. Service 5 ⭐..
Khausalya Verakumar
Khausalya Verakumar
2024-03-27
Doctors Aireen and Farahana are exceptionally friendly. You don't feel any pain when you visit them. Their positive words are truly motivating. Hats off to both of them. In my experience, these two doctors are genuine professionals
Maike Elcano
Maike Elcano
2024-03-26
Dr. Farhana Abdul Aziz, MD demonstrated exceptional professionalism, compassion, and expertise throughout my first appointment. Their personalized approach to care made me feel confident and supported every step of the way. They took the time to listen to our concerns, and provide thorough explanations of each stage of my pregnancy. Not only did Dr. Farhana provide top-notch medical care, but they also showed genuine empathy and kindness, which truly made a difference during such a significant life event. Their attention to detail and dedication to ensuring the health and well-being of both myself and my baby were evident in every interaction. I am grateful to have had Dr. Farhana as my obstetrician and would highly recommend them to anyone seeking exceptional prenatal care!
Nur Syafiqah
Nur Syafiqah
2024-03-21
The environment is so nice and calming. All the staff are so polite especially Dr. Aireen. She explained about my illness so well. Plus, she also gave me a treatment right away to relieve my pain. The girl in charge for registration was also very kind even though she looked so tired. Yet she still puts a smile when a customer comes. The price is also reasonable. Thank you so much. I will definitely come again.
Aleesya Iskandar
Aleesya Iskandar
2024-03-21
Good service, tak tunggu lama. Doctor are very nice. Explain pun sangqt detail loveeee
Adriella Faith
Adriella Faith
2024-03-21
Doctor yang attnd saya sangat baik hilang rasa takut. Nurse dekat klinik ni pun baik2... klinik pun sangat bersih..Recommend klinik terutama untuk orang yang takut jumpa doctor macam saya sebab doctor sangat baik.😁😁
Fatin Adnan
Fatin Adnan
2024-03-13
The best clinic for mom-to-be. Dr. Farhana is very attentive, supportive, positive and kind. I am a first time mom-to-be, Dr. Farhana provided me with clear input and guidance throughout my pregnancy. Clean clinic, with various pregnancy-related services (and scans) available. There’s a private space for muslims to do your prayers too whenever needed. 100% recommended.
Diana Wie
Diana Wie
2024-03-11
First time come to this clinic. Dr Farhana, nurse and staff very friendly. Dr Farhana explained very well and details. Recommended 👍👍👍👍👍
Nursyafiqah Shahfary
Nursyafiqah Shahfary
2024-03-10
Best sangat service dari klinik ni. Doc and staff pon peramah. Love sangat ❤️ pengalaman dari mengandung sampai anak umur 2 tahun. The best doc ever and ever. Doc farhana and doc aireen ❤️